Neelofa Kini Menjadi Pemegang Saham Paling Besar Untuk Aplikasi TheNoor
Aman
Neelofa sebelum ini telah mengambil-alih sepenuhnya pengurusan TheNoor sejak 2004 yang lepas, dan kini turut mengesahkan kedudukan beliau sebagai pemegang saham paling besar pada syarikat disebalik aplikasi TheNoor.
Neelofa menjadi pemegang saham terbesar melalui syarikat Eleanoor Berhad yang mempunyai pegangan sekitar 96% pada Noor Luminous Sdn Bhd yang menguruskan aplikasi TheNoor.

Pada masa yang sama, ia dikongsikan yang mana Neelofa telah melaksanakan pelan penstrukturan penuh untuk syarikat berkenaan, susulan beberapa isu salah tadbir urus dan dokumentasi pada syarikat berkenaan. Audit kewangan terperinci dikatakan turut telah dilaksanakan.
Bergerak kehadapan, TheNoor juga dilihat akan mula menjana pendapatan melalui penawaran langganan berbayar TheNoor Pro. Harga langganan dan penawaran tambahan untuknya tidak dinyatakan.
Mengikut penyata kewangan berakhir Jun 2025, syarikat sebalik aplikasi TheNoor dilihat menjana pendapatan RM5.685 juta, tetapi mengalami kerugian yang tinggi, iaitu sekitar RM3.4 juta. TheNoor dikatakan mempunyai sekitar 650,000 pengguna harian, dan digunakan pengguna di lebih 200 buah negara.