BJAK Ingin Memasuki Pasaran Eropah Menjelang 2026
Aman
BJAK merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan pilihan insurans kenderaan, perjalanan, kesihatan dan lain-lain. Selain menawarkan perkhidmatan di Malaysia, BJAK juga turut telah memperluaskan perkhidmatan mereka di Jepun, Taiwan dan Thailand baru-baru ini.
Tidak setakat itu, untuk tahun 2026, BJAK menyasarkan untuk memasuki pasaran Eropah. Dua negara yang menjadi sasaran pada tahun 2026 adalah Sepanyol dan juga Jerman.
Buat masa ini, BJAK mempunyai 7 juta pengguna, dan dibawah mereka, sebanyak 16 jenama insurans menyenaraikan penawaran. Ia telah memulakan operasi pada 2019 yang lepas, dan dikatakan telah menjana keuntungan sejak memulakan operasi.
Disamping itu, BJAK turut menyasarkan ingin menyenaraikan syarikat mereka di Bursa dalam tempoh sekitar dua tahun akan datang.