AccessTrade Menamatkan Operasi Di Malaysia – Perkhidmatan Memfokuskan Program Sekutu Untuk Promosi

November 17, 2025
Lain-Lain

Aman

AccessTrade kini dilihat telah menamatkan operasi di Malaysia, sekaligus menamatkan perkhidmatan mereka yang menawarkan program sekutu (affiliate) dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan.

Sebelum ini, AccessTrade telah memulakan operasi di Malaysia pada 2018 yang lepas. Ia sering dikatakan sebagai antara penyedia rangkaian pemasaran sekutu terbesar di rantau Asia Tenggara yang menghubungkan pelbagai jenama kepada penerbit dan pemasar.

Sebab disebalik penamatan ini tidak dinyatakan. Kebelakangan ini, lebih ramai mula beralih kepada TikTok dan Shopee dalam mempromosikan program sekutu – dimana masing-masing mempunyai platform yang tersedia dalam menyokongnya.

Di Malaysia, masih terdapat beberapa perkhidmatan lain yang menawarkan program lebih kurang sama, termasuk salah satunya adalah InvolveAsia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd