Publicis Mengambil-Alih Syarikat Sebalik MGAG, SGAG

October 29, 2025
Lain-Lain

Aman

Syarikat pengurusan pengiklanan terkemuka, Publicis Groupe SA kini mengumumkan mereka telah bersetuju untuk mengambil-alih syarikat berpusat di Singapura, iaitu Hepmil Media Group. Langkah ini dilihat dalam usaha mendapatkan kepakaran dan capaian melibatkan para pencipta kandungan di rantau ini.

Untuk makluman, Hepmil Media Group mempunyai beberapa jenama dibawah mereka, termasuk SGAG, MGAG dan turut mempunyai jenama memfokuskan agensi pencipta kandungan digital, iaitu Hepmil Creators Network. Ia telah diasaskan pada 2012, mengambil inspirasi daripada laman popular 9GAG, dan hadir dengan variasi tempatan di pasaran rantau Asia Tenggara. Mereka telah sedia menerima suntikan dana sekitar $10 juta sebelum ini.

Harga pengambil-alihan tidak dinyatakan kedua-dua pihak buat masa ini. Untuk Publicis sendiri, kebelakangan ini mereka telah mengambil-alih beberapa syarikat dalam arena pencipta kandungan dan media sosial, termasuk di Amerika Syarikat dan juga Brazil.

Hal ini dilihat selari dengan langkah pengiklan yang lebih berbelanja pada pencipta kandungan dan media sosial, membolehkan pihak Publicis dalam arena ini lebih bersedia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd