NIMS Memperluaskan Penawaran Produk Kepada Bijiran Sarapan Dan Sapuan Coklat
Aman
NIMS merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dalam pasaran tempatan, dengan penawaran popular mereka, “Crispy Chocotub”. Telah beroperasi sejak 2019, dan kini menjual produk mereka melalui pelbagai rantaian termasuk di kedai-kedai popular seperti Watsons dan lain-lain.

Terbaru, NIMS dilihat turut memperluaskan penawaran produk mereka, melalui pengenalan bijiran sarapan, sekaligus memberikan alternatif kepada penawaran pihak Nestle. Produk pertama dibawah penawaran bijiran sarapan ini adalah Mini Coco Crunch.
Disamping penawaran bijiran sarapan, mereka turut mengacah sapuan coklat melalui kehadiran penawaran “Crispy Choco Spread”, yang menyediakan coklat boleh disapu di roti, serta alternatif kepada penawaran Nutella di pasaran.

Kedua-dua produk ini dijangka akan ditawarkan secara meluas secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang.