99SpeedMart Memperluaskan Kedai Serbaneka Ke China – Membuka Outlet Pertama

Di Malaysia, jenama 99SpeedMart merupakan sesuatu yang tidak asing lagi, dimana mereka mempunyai lebih 2,800 kedai di seluruh Malaysia. Kini, tidak setakat dalam negara, syarikat yang turut disenaraikan di Bursa Malaysia berkenaan telah pun memperluaskan operasi dan membuka kedai pertama di China.

Di China, 99SpeedMart mengambil kaedah memfokuskan satu demi satu rantau. Untuk permulaan ini, mereka memfokuskan kepada rantau Fuzhou. Beberapa kedai dijangka dibuka pada tahun ini. Buat masa ini, tiada sasaran kasar yang ditetapkan, sebaliknya akan ditentukan berdasarkan kepada prestasi beberapa kedai terawal yang dibuka di sana.

Rantau Fujian sendiri mempunyai lebih 40 juta penduduk (lebih sedikit dari Malaysia), dan masih tidak mempunyai suatu kedai serbaneka yang mendominasi di sana.

Namun, salah satu cabaran yang mungkin dihadapai pihak 99SpeedMart pada masa akan datang adalah pergerakkan agresit beberapa jenama digital di China yang telah memfokuskan kepada persaingan dalam arena kedai serbaneka di beberapa bandar utama.

0 Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.

Nama
Emel