TechInAsia Membuang 18% Pekerja – Akan Menutup Portal Khas Indonesia

TechInAsia, salah satu laman yang memfokuskan perkembangan startup di rantau Asia Tenggara, kini mengumumkan akan menamatkan operasi portal khas mereka berbahasa Indonesia, berkuat-kuasa 15 Julai 2025. Selepas tarikh berkenaan, hanya satu versi portal sahaja yang akan beroperasi, iaitu TechInAsia.com dalam bahasa Inggeris.

TIA mengatakan mereka tidak menerima sambutan yang dikehendaki untuk portal berbahasa Indonesia, selain tidak selari dengan sasaran mereka, membuatkan portal berkenaan dihentikan. Namun, TIA menekankan akan terus memfokuskan perkembangan startup di Indonesia melalui portal global mereka.

Selain itu, TIA turut akan mengoptimasikan lagi pasukan mereka, membuatkan 18% tenaga kerja akan dihentikan.


Sebelum ini, TIA telah diambil-alih oleh SPH di Singapura. Nilai pengambil-alihan tidak dinyatakan setakat ini. Menyentuh mengenai perubahan ini, pengasasnya mengatakan kini mereka memfokuskan dalam membawa TIA ke fasa keuntungan, selain turut melabur dalam pembangunan kecerdasan buatan.

0 Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.

Nama
Emel