Hextar Industries Beli Pegangan 51% Pada Pengoperasi Llaollao Di Malaysia

February 12, 2026
Lain-Lain

Aman

Hextar Industies Berhad hari ini mengumumkan mereka akan mengambil-alih 51% pegangan pada Woodpeckers Group Sdn Bhd, iaitu syarikat yang mengoperasikan jenama dan francais Llaollao di Malaysia.

Hextar membayar sebanyak RM177.48 juta untuk tujuan pengambil-alihan pegangan ini. Hextar menyasarkan untuk terus memperluaskan operasi dengan penumpuan sumber pada arena F&B ini.

Untuk makluman, Hextar Industies juga merupakan pengoperasi jenama Luckin Coffee di Malaysia.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd