iMotorbike Menambah Fokus Di Johor Dan Pulau Pinang Dengan Membuka Ruang Fizikal Dan Bilik Pameran
Aman
iMotorbike, salah satu perkhidmatan memfokuskan jual-beli motorsikal terpakai di Malaysia, kini mengumumkan perluasan fokus terhadap pasaran Johor dan Pulau Pinang, dan membuka ruang fizikal di kedua-dua negeri berkenaan.
Kedua-duanya telah dibuka pada penghujung 2025 lepas. Sebelum ini ruang fizikal dan bilik pameran hanya tersedia di Lembah Klang sahaja.

Di Johor, dengan kedudukan unik bersebelahan Singapura, dan penggunaan tinggi motorsikal untuk perjalanan antara kedua-dua negara berkenaan, iMotorbike menyasarkan mereka akan menerima permintaan tinggi. Secara kasar, sekitar 90,000 kenderaan melintasi sempadan Johor-Singapura pada setiap hari. Pasaran Pulau Pinang juga dilihat mempunyai potensi besar, terutamanya untuk bahagian utara Semenanjung Malaysia.
iMotorbike pada hari ini menawarkan perkhidmatan penuh, daripada menjual atau membeli motorsikal terpakai, menawarkan khidmat pemeriksaan menyeluruh, dan kemudahan kewangan. Pembukaan ruang fizikal di kedua-dua lokasi ini juga dilihat akan membolehkan peningkatan dari segi angka inventori, selain turut memacu kepada permintaan tinggi untuk jualan atau pembelian.
Bergerak kehadapan, iMotorbike turut menyasarkan beberapa perkhidmatan tambahan, termasuk khidmat servis segera, khidmat baik-pulih, dan sokongan lepas jualan yang lebih meluas.