Foodie Media Melihat Ke Arena Kandungan Esukan – Umum Kerjasama Dengan WTM Media

February 10, 2026
Lain-Lain

Aman

Foodie Media yang terkenal dengan pelbagai saluran dan kandungan memfokuskan makanan, kini turut melihat kepada integrasi kandungan memfokuskan esukan dibawah mereka. Untuk tujuan berkenaan, Foodie Media umum kerjasama strategik selama setahun bersama portal esukan popular, WTM Media.

Dibawah kerjasama ini, kedua-dua pihak akan meneroka pelbagai format dan kandungan baharu, termasuk melihat kepada tajaan dan kempen pengiklanan. Pada masa yang sama, Foodie Media turut akan menawarkan sokongan kepada WTM dalam terus berkembang ke fasa seterusnya.

Foodie Media sebelum ini telah disenaraikan pada Bursa Malaysia pada tahun 2025 yang lepas, dan mengikut dagangan saham semasa, syarikat berkenaan dinilaikan sekitar RM372 juta.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd