Delyva Melancarkan Laksana.AI – Sistem Pengurusan Operasi Dan Fasiliti Melalui WhatsApp
Aman
Delyva, sebuah startup tempatan yang memfokuskan kepada penawaran perkhidmatan untuk pengurusan penghantaran barangan dan logistik, hari ini secara rasminya mengumumkan perkhidmatan baharu dibawah mereka, dinamakan sebagai Laksana.

Laksana atau Laksana.AI diposisikan sebagai sebuah perkhidmatan pengurusan fasiliti dan juga operasi dikuasakan kecerdasan buatan, melalui WhatsApp. Ia membolehkan pengguna menggunakan WhatsApp untuk pelbagai laporan dan kemaskini, dimana sistem Laksana akan menggunakan kecerdasan buatan dalam mengkategorikan dan memantau pelbagai kemaskini atau masalah.
Pengguna dengan mudah boleh melakukan laporan atau kemaskini menggunakan WhatsApp melalui mesej bergambar sahaja, dan sistem Laksana akan melakukan pelbagai kemaskini secara automatik.
Laksana ditawarkan secara percuma untuk 2 pengguna dalam satu organisasi, selain turut menawarkan pelan berbayar bulanan bermula $19 sebulan. Bagi yang berminat, boleh menyemak laman rasmi Laksana hari ini, dan menggunakannya dalam pengurusan operasi dan fasiliti.