Bagi para peminat cendol, semestinya anda sedia mengenali akan jenama Penang Chendul yang hadir daripada Pulau Pinang. Terbaru, jenama berkenaan turut telah memperluaskan penawaran mereka bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga membuka cawangan pertama di Taiwan.

Di Taiwan, Penang Chendul beroperasi bermula September 2024 ini, di medan selera Far Eastern SOGO Zhongxiao. Mengapa Taiwan menjadi lokasi luar negara yang dipilih tidak dikongsikan buat masa ini.
Untuk makluman, Penang Chendul telah diasaskan oleh Tan Teik Fuang pada 1936, dengan menjualnya di jalan Lebuh Keng Kwee. Ia seterusnya berkembang menjadi sebuah perniagaan yang diuruskan oleh keluarga, dan jenama Penang Road Famous TeoChew Chendul mula digunakan sejak 1984.
Kini ia memliliki lebih 50 cawangan di Malaysia, dan turut membuka peluang francis kepada sesiapa yang berminat. Selain di Malaysia dan Taiwan, Penang Chendul juga mempunyai cawangan di Indonesia.