Cashku, salah satu syarikat tempatan memfokuskan perkhidmatan kewangan, kini mengumumkan telah meraih suntikan dana sebanyak RM10 juta daripada beberapa pelabur. Pelaburan ini turut disertai oleh 1337 Ventures yang sebelum ini telah melakukan pelaburan dalam pelbagai perkhidmatan memfokuskan kewangan, termasuk Swipey.

Cashku merupakan platform memfokuskan kepada perancangan kewangan secara digital. Menggunakannya, pengguna boleh menambah pengetahuan berkaitan kewangan, mendapatkan nasihat pelaburan, dan turut menyediakan akses untuk skim persaraan swasta melaluinya. Platform ini turut menyertakan ciri Cashku Save yang mesra syariah dalam membolehkan pengguna menjana simpanan tambahan melaluinya.
Suntikan dana pelaburan ini dijangka digunakan dalam terus memperluaskan dan mempromosi platform tersebut di Malaysia.