CoinGecko Melantik CEO Baharu Dalam Terus Menerajui Arena Data Kripto Global

CoinGecko merupakan salah satu syarikat yang menawarkan infrastruktur data melibatkan kriptowang. Terbaru, CoinGecko yang berpusat di Malaysia, telah mengumumkan perubahan kepada tampuk pengurusan syarikat tersebut.

Bermula hari ini, CoinGecko menerima CEO baharu, Bobby Ong yang sebelum ini bertugas sebagai COO, sementara CEO sebelum ini TM Lee akan beralih kepada jawatan Presiden. Dengan peralihan ini, CoinGecko menyasarkan untuk terus memperluaskan lagi penawaran perusahaan mereka, meluaskan lagi ekosistem pembangun, dan pada masa yang sama meneruskan fokus mereka dalam menawarkan data berkaitan kriptowang kepada pengguna seluruh dunia.

Bersama perubahan ini juga, Cedric Chan akan turut dilantik menjadi CTO untuk CoinGecko.

Bergerak kehadapan, CoinGecko menyasarkan untuk terus membawa pelbagai inovasi baharu, dan memperluaskan keupayaan dan penawaran mereka dalam arena kriptowang pada peringkat global.

0 Komen
Dengan menghantar komen, anda setuju dengan terma pengunaan AmanzMe.

Nama
Emel