Naluri Meraih Suntikan Dana USD$5 Juta – Akan Memperluaskan Penawaran Ke Negara Baru

August 12, 2025
Lain-Lain

Aman

Naluri, salah satu syarikat memfokuskan kesihatan digital yang mengintegrasikan pelbagai penggunaan teknologi, hari ini mengumummkan mereka telah meraih suntikan dana baharu berjumlah $5 juta. Ini sekaligus membawa kepada pelaburan Series B yang diraih Naluri setakat ini berjumlah $14 juta.

Sebahagian suntikan dana ini akan digunakan untuk operasi, dalam usaha mencapai keuntungan untuk syarikat. Disamping itu, sebahagian dana turut akan digunakan dalam memperluaskan perkhidmatan Naluri ke Filipina dan juga Vietnam.

Pada hari ini, Naluri sedia menerajui pasaran dalam arena kesihatan pekerja, terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Sejumlah sektor yang menggunakan Naluri adalah perbankan, insurans, tenaga, perlombongan, telekomunikasi, teknologi, pengangkutan, logistik dan perkhidmatan profesional. Selain Malaysia dan Indonesia, Naluri juga turut ditawarkan di Singapura dan Thailand.

Pelaburan baharu ini turut diterajui TELUS Global Ventures, dimana selari dengan pelaburan ini, TELUS Health turut memetarai perjanjian komersil bersama Naluri untuk meliputi klien EAP Telus di lapan buah pasaran.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd