Pasaran Kopi Di Malaysia Dinilaikan Sekitar RM4.45 Bilion, Terdapat Lebih 6,800 Kafe
Aman
Kopi kini telah menjadi salah satu minuman yang dinikmati ramai, hampir setiap hari. Ini disokong lagi dengan pelbagai kafe dan kedai kopi yang dibuka di pelbagai lokasi – tidak kira bandar atau luar bandar.
Menyentuh mengenainya, kini pihak kerajaan berkongsi mengatakan pasaran kopi di Malaysia kini dianggar bernilai RM4.45 bilion. Tidak setakat itu, pada hari ini, terdapat lebih 6,400 kafe yang beroperasi di Malaysia.
Di Malaysia, kopi dihasilkan di beberapa lokasi, termasuk Pagoh, Johor dan juga Ranau, Sabah. Salah satu jenama tempatan yang sedang berkembang pesat adalah ZUS, yang kini mempunyai lebih 800 cawangan kafe di Malaysia, dan turut telah mula memperluaskan penawaran ke negara-negara berhampiran di Asia Tenggara.
Selain Zus, Starbucks mempunyai sekitar 320 cawangan di Malaysia, Oldtown White Coffee sebanyak 200 cawangan, Coffee Bean (CBTL) sebanyak 196 cawangan, dan Gigi sebanyak 160 cawangan. Selain jenama besar, terdapat sejumlah kafe dan kedai kopi yang turut dioperasikan secara persendirian di pelbagai lokasi serata Malaysia.