APOLLO Memberikan Nafas Baru Kepada Penjenamaan, Mula Fokus Ke Pendekatan Digital

July 30, 2025
Lain-Lain

Aman

Bagi ramai pengguna di Malaysia, semestinya jenama APOLLO bukan sesuatu yang asing. Ia sedia menjadi snek kegemaran ramai kanak-kanak di Malaysia, dengan pelbagai variasi snek dibawah penawarannya.

Terbaru, selepas beroperasi sekian lama, kini APOLLO memperkenalkan penjenamaan baharu untuk logo dan juga produk-produk mereka. APOLLO mengatakan langkah ini adalah selari dalam usaha mencapai para pelanggan pada era moden kini.

Logo baharu ini memfokuskan kepada huruf “O” yang turut memberikan gambaran seumpama ia dimakan, dan lebih penekanan ianya adalah sebuah snek. APOLLO juga turut dilihat memfokuskan kepada penggunaan warna merah dalam menarik perhatian orang ramai terhadap jenamanya.

Selari dengan penjenamaan semula ini, APOLLO turut menyasarkan akan memberikan lebih perhatian kepada penceritaan dalam saluran digital – termasuk melalui penggunaan pempengaruh dan beberapa kaedah lain. Melalui pemerhatian kami, APOLLO telah mendaftarkan akaun baharu di Instagram, Facebook dan TikTok untuk tujuan ini.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita lihat apakah langkah APOLLO seterusnya, dalam usaha terus memenangi hati rakyat Malaysia dalam menikmati snek penawaran mereka.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd