ZUS Coffee Akan Diperluaskan Ke Thailand Seawal Bulan Hadapan
Aman
ZUS Coffee merupakan salah satu syarikat tempatan yang berkembang pesat, dan mempunyai hampir 850 cawangan di Malaysia sahaja. Tidak setakat itu, rangkaian kedai memfokuskan minuman kopi, yang turut dikuasakan teknologi melalui aplikasi ZUS, kini turut dalam persediaan akhir sebelum pelancaran di Thailand.
ZUS dijangka melancarkan cawangan mereka di Thailand seawal Ogos 2025 ini. Lokasi rasmi dan tarikh pembukaan masih tidak diumumkan lagi. Laman sosial untuk ZUS Thailand telah pun mula mengacah pelancarannya tidak lama lagi.
Pembukaan di Thailand akan menjadikan ia negara ke empat ZUS diperluaskan di luar Malaysia, selepas Singapura, Filipina dan juga Brunei. Di luar Malaysia, Filipina mempunyai cawangan paling banyak, iaitu sebanyak 190 kedai, diikuti Singapura sebanyak 5 kedai dan Brunei sebanyak 6 kedai. Ini sekaligus membawa jumlah kedai ZUS Coffee kini lebih 1000 kedai di rantau ini sahaja.
Sebelum ini, pada 2023 yang lepas, bilionwan Filipina telah membeli pegangan sebanyak 35% pada ZUS Coffee. Selain itu, pada 2024 yang lepas, ZUS Coffee turut telah menerima pelaburan berjumlah RM250 juta daripada konsortium yang turut menyertakan KWAP.