Siti Khadijah (SK) Menjana 65% Jualan Melalui Kedai Fizikal, 35% Secara Atas Talian
Aman
Siti Khadijah merupakan salah satu jenama telekung tempatan yang popular, menjana jutaan jualan setiap tahun. Ia telah diasaskan pada 2009 yang lepas, dan berkembang pesat sejak daripadanya.

Pada hari ini, Siti Khadijah atau SK mempunyai 60 cawangan di Malaysia, selain turut telah memperluaskan kedai mereka di Indonesia dan juga Singapura dengan satu butik di setiap negara berkenaan. Mereka turut mempunyai perancangan untuk ke negara arab, tetapi, ia disasarkan selepas 2030 dan bukannya dalam masa terdekat.
Menyentuh mengenai perkembangan syarikat, SK mengatakan kini mereka menjana 65% jualan secara fizikal, sementara 35% adalah melalui atas-talian. Ini sekaligus membuatkan mereka terus memfokuskan jualan secara fizikal, selain turut memperluaskan strategi melalui penjualan semula (reseller), dan turut mengambil kelebihan platform-platform jual-beli di pasaran.
SK juga turut merancang untuk menambah penawaran produk-produk untuk wanita, selain turut menambah penawaran untuk lelaki dan kanak-kanak.