1Fit Malaysia Mengumumkan Penamatan Operasi – Aplikasi Memfokuskan Langganan Ke Pusat Kecergasan

June 13, 2025
Lain-Lain

Aman

1Fit merupakan salah satu perkhidmatan memfokuskan langganan, dan memberikan akses kepada sejumlah pusat kecergasan, studio dan gim di Lembah Klang. Ia diperkenalkan selari dengan populariti gaya hidup sihat dan cergas, sekaligus memudahkan pengguna mengakses sebarang gim dengan mudah pada bila-bila masa.

1Fit menawarkan langganan bermula RM500 sebulan, dan ia turut menjadi lebih murah apabila melanggannya dengan langganan tahunan, menjadikan harga ia sekitar RM282 sebulan. Melalui laman rasminya, ia menyenaraikan akses kepada lebih 609 studio dan gim melalui langganan berkenaan. Di Malaysia, ia telah memulakan operasi pada awal 2024, dan baru sahaja menyambut ulang-tahun pertama mereka pada Januari 2025 lepas.

Walaubagaimanapun, 1Fit hari ini secara mengejut mengumumkan telah menamatkan perkhidmatan mereka di Malaysia. 1Fit mengatakan telah membelanjakan $4.2 juta dalam mendapatkan pengguna ke platform berkenaan, dan hanya menjana $2.7 juta dari segi jualan setakat ini. Perkara ini sendiri memperlihatkan perkhidmatan berkenaan mengalami kebocoran kewangan, membuatkan ia tidak dapat meneruskan operasi di Malaysia.

Bagi pengguna yang sedia melanggan perkhidmatan 1Fit, anda boleh lakukan permohonan wang kembali, sementara 1Fit turut menyatakan akan menghubungi pusat kecergasan yang terlibat dalam menutup akaun.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd