Restoran Dan Kafe Jenama Chef Wan Dijual Pada Nilai RM30.8 Juta

June 4, 2025
Lain-Lain

Aman

Chef Wan merupakan salah seorang chef selebriti yang popular di Malaysia. Menggunakan nama beliau, terdapat beberapa restoran dan kafe, termasuk De.Wan 1958 by Chef Wan dan juga Cafe Chef Wan.

Terbaru, Oasis Harvest Corporation Berhad mengumumkan pengambil-alihan keseluruhan kepentingan ekuiti pada Metta Food & Lifestyle Sdn Bhd, iaitu operator disebalik restoran berkenaan, pada harga RM30.8 juta.

Oasis Harvest sedia mengoperasikan beberapa jenama restoran dibawah mereka, termasuk Uncle Don’s, dan juga Verona Restaurant. Langkah pengambil-alihan restoran jenama Chef Wan ini dijangka mengukuhkan lagi portfolio mereka dalam arena F&B.

© 2025 Amanz Media Sdn Bhd